Al-Fatihah Buat Ibu Sahabatku

aku tak pandai nak bercoret panjang..cuma aku terfikir yang terus terfikir..macam-manalah kalu aku yang berada di tempat itu..

yang dulu-dulu dah ramai sahabatku menghadapinya..

faizal sahabatku.. di ikuti abang zaid.. lepas tu ramai la ag..

malam ni..aku dapat tahu 2 orang..

mantan mudir KOSTAQ kesyanganku dan sahabat satu tahun dengan aku..

semuanya kehilangan orang tersayang dengan tidak sempat melihat raut wajah mereka yang terakhir..

hatiku berdegung kencang apabila terdengar berita sedih ini tadi..

teringat ayahku di kampung yang baru sahaja keluar dari hospital kerana di syakki terkena jangkitan wabak colera.. aku tidak putus2 mendoakan kesihatan mak ayahku serta seluruh kaum kerabat dalam munajatku..semoga mereka sentiasa sihat..

hatiku resah
hatiku selalu kata

ya Allah.
sesungguhnya aku tidak langsung bersedia untuk menghadapi ujian seberat ini..
tidak sanggup aku kehilangan insan2 yang aku sayangi dalam keadaan ini..

apapun,

aku ucapkan takziah kepada sahabatku Hanis Najwa,
yang baru sahaja kehilangan ibunya yang tersayang..
semoga terus kuat dan tabah menghadapi ujian..

~al-fatihah ~

MEDIA DAN SPRM : Tok Guru jugak jadi mangsa..


hebatnye media bagi SPRM...


media seolah-olah menjadi draf aduan rasmi kepada SPRM dalam melakukan menyiasat terhadap pemimpin PAS...

dalam kes penyiasatan Perbadanan Menteri Mesar Kelantan baru-baru ini...ia tidaklah dimulakan dengan aduan rasmi..Namun, hanya berdasarkan tulisan di satu blog.

begitu juga kes penajaan Tok Guru Nik Abdul aziz untuk menunaikan haji, ianya hanyalah tulisan sebuah blog...tetapi SPRM dengan pantas seperti kilat menjalankan siasatan. bagus nye SPRM ni.

Tapi.........
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

taknak jugak ke buat siasatan ke atas rosmah mansor yang dihadiakan saguhuhati berjuta-juta ringgit (kerana terjumpa barang) daripada salah seorang kerabat diraja saudi tu?

hahahahahaha..

mustahil SPRM nak buat siasatan..nak sebut kes tu dekat pejabat pon takut..huhu

saya tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya gak, macam mane lah jadinya kepada kertas kerje aduan kes salah laku pemimpin first class umno dan BN yang dihantar oleh ketua pemuda PKR semasa hari pertama SPRM membuka pejabatnya..ntah-ntah dah jadi pekasam dah dalam pejabat tu...

hakikatnya...itulah SPRM...

kuda tunggangan UMNO
kuda tunggangan BN
anjing peliharaan BN
spesis beruk untuk panjat kelapa bagi BN

apalah nasib Pak Lah..turun dari tahta ingatkan boleh merawat umno dengan menubuhkan SPRM..

tapi..

huhu..apelah nasib..

Jemputan Ke Program Solat hajat & Jamuan PUTRA 09/10



Assalamualaikum wbt,

kepada,

semua ahli syabab PUTRA Mantiqoh Irbid,


PERKARA : Jemputan Ke Majlis Solat Hajat & Jamuan PUTRA
Sempena Fatrah Peperiksaan Uni. Yarmouk & JUST


Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Biro Dakwah Dan pendidikan PUTRA 09/10 ( BDP PUTRA ) akan mengadakan Majlis Solat Hajat Dan Jamuan khas untuk ahli syabab PUTRA di mantiqoh Irbid.

3. Butiran program tersebut adalah sebagaimana dibawah :


Tarikh : 05 November 2009
Hari : Khamis
Masa : 5.00 PM - 7.00 PM
Tempat : Bayt Sepi ( bayt pelajar2 tahun 2 yarmouk-belakang imrah umar mokhtar)


4. Pihak BDP PUTRA amatlah mengalu-alukan kedatangan anda (syabab Irbid PUTRA ) bagi memeriahkan lagi program tersebut. Program tersebut juga bertujuan untuk memperkenalkan PUTRA kepada pelajar-pelajar baru tahun 1 Irbid PUTRA.

5. Pihak BDP PUTRA juga ingin memohon berjuta kemaafan kerana tidak dapat mengadakan program ini di mantiqoh-mantiqoh lain ( Mafraq, Amman dan Mu'tah ). Ini kerana terdapat sedikit halangan dan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

6. Insyaallah pihak BDP PUTRA akan terus merancang program dengan lebih teliti dan tersusun pada masa mendatang bagi memastikan semua mantiqoh dapat disajikan dengan program yang sama selepas ini.

Sekian, wassalam.


"Qiadah Islamiah Pemangkin Generasi PUTRA"


Saya yang menjalankan amanah,

Ketua Biro Dakwah Dan Pendidikan,
Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan,
Sesi 09/10.

Madrasah Ramadhan & PRK N 11 : Berikanlah kami kejayaan ya Allah

Hari ini bermulalah ujian yang sangat berat untuk mereka yang betul-betul mahu menjaga diri daripada noda dan dosa. Ujian ini dilalui insan yang bergelar muslim dengan tiada siapa pun yang mahu memaksa atau menggoda. Apa yang tingggal hanyalah sisa iman atau sisa tarbiyah yang di tinggalkan oleh syaitan yang di rejam. Barang siapa yang mengikut imannya, maka merekahlah orang yang bertaqwa. Tetapi teramat rugilah mereka yanag masih mengamalkan sisa ilmu yang ditinggalkan oleh syaitan yang di rejam itu.

Bulan ramadhan bulan yang sangat berkat dan ditunggu oleh seluruh umat Islam. Di sinilah kita boleh belajar bermacam-macam perkara. Jika sekiranya sebelum ini kita selalu berkenyang-kenyangan dengan beraneka makanan yang lazat, maka di bulan inilah kita dapat belajar dan merasai betapa peritnya hidup mereka yang faqir dan miskin. Jika sebelum ini kita selalu membakar duit membeli berkantung-kantung rokok, maka dibulan inilah kita mampu berlatih untuk mengurangkan aktiviti membakar duit itu.

Terlalu banyak tarbiyah Allah untuk hambanya di bulan Ramadhan al mubarak ini. Umat di zaman ini hanya bertahan lapar dan dahaga sahaja, itupun masih ada segelintir daripada mereka yang sudah curang terhadap iman mereka. Jika diteliti, apalah sangat menahan lapar dan dahaga itu berbanding umat terdahulu yang berhempas pulas menggali parit untuk menghadapi tentera kafir dalam peperangan khandaq?

Saya tidak bercadang untuk memanjangkan artikel ini kerana saya amat mengetahui bahawa anda telahpun banyak membaca artikel-artikel Ramadhan di blog sahabat-sahabat yang lain. Walaubagaimana pun, saya amat optimis bahawa umat Islam di Malaysia telah bersedia menghadapi satu lagi jihad dibulan berkat ini iaitu berjihad untuk turun padang berkempen bagi mengekalkan kemenangan PAS di N 11 DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Tarikh pilihan raya DUN Permatang Pasir ini telah pun memberikan kemenangan moral awal kepada PAS kerana diantara 2 pihak yang bertanding, hanya tarbiyah pihak PAS yang sistematik di peringkat kampus dan luar kampus sahaja yang ada mengajar ahlinya supaya menahan lapar ketika orang lain terduduk kekenyangan. Tarbiyah PAS juga mendidik manusia mengenali asas-asas Islam dipermulaannya supaya mereka tidak futur di akhir perjuangan. Dengan mengambil kira kesan tarbiyah PAS inilah saya berani mengatakan bahawa pemuda yang dikaderkan dibawah tarbiyah Islam yang dikendalikan oleh PAS mampu bertahan ditengah-tengah kelaparan dan kedahagaan semasa kempen nanti.

Kita mampu, PAS mampu, pemuda pemudi PAS mempu menghadapi jentera kerajaan, maaf saya ulangi bukan jentera BN tetapi jentera kerajaan kerana BN pasti akan menurunkan segala kekuasaannya dalam mempergunakan jabatan dan jentera kerajaan sebagaimana yang berlaku di Manic Urai.

Walaubagaimanapun, saya menyeru kepada diri sendiri dan semua pemuda pemudi PAS sekalian untuk sama-sama meningkatkan iman dan taqwa serta sama-sama mengembleng tenaga untuk menghadapi pilihan raya DUN Permatang Pasir di bulan puasa ini.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami mohon redho dan syurga-Mu,
Dan kami berlindung dengan-Mu agar dijauhkan kami.
daripada kemarahan-Mu dan neraka yang amat panas dan dasyat,
Serta menangkanlah kami didalam pilihan raya ini,
Amen…

Copyright © 2009 - :: TARBIYAH 4 all :: - admin log-in DanialRazali